`Duhai engkau yang jauh di sana ,, Biar tidak pernah bertemu mata, tidak pernah bersua bersama, tidak mengungkap janji azimat yg nista, tidak juga bermadah cinta ..kerana itu bukanlah utama dlm membina mahligai bahagia..Cukuplah kata-kata yang membawa kita mengingati ALLAH, cukuplah nasihat serta teguran yg membuatkan kita lebih mendekati Yg Maha Esa, cukuplah diriku tahu dirimu punya Iman & Agama ...........
Hati kita ALLAH yang punya, Hati kita ALLAH yang jaga, hati kita ALLAH tahu segalanya dan ALLAH mampu membolak balik hati hamba-hamba-NYA, Jika benar engkau yang telah ALLAH pilihkan untukku, jagalah hatimu untukku yang akan menjadi pendamping hidupmu kelak sepertimana aku juga sedang menjaga hatiku untukmu kerana-Nya .. maka berdoalah kerana itu senjata kita ..andai takdir hidup bersama pasti ALLAH akan mempermudahkan jalannya..Aamiin insya ALLAH ...
Sedang diterjemahkan, harap tunggu..