Entah apa perasaan yang kurasakan saat ini, aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada diri ini, aku hanya mahukan perubahan, perubahan yang belum pernah semua orang rasakan, aku mahukan perubahan kecil pada diri, meski itu hal yang kecil.
Aku begitu lemah tatkala rasa itu berleluasa menggerayapi jiwa, aku begitu rapuh ketika rasa itu tumbuh dan menjalar hingga hati terdalam, aku tahu dan aku mengerti bahawa aku tidak layak untuk hasrat ini. Aku harus kuat dan boleh menghapuskan segala apa yang ada dalam benakku ini. Dan setiap kali aku cuba mewarnai sendiri hari-hariku, sesosok makhluk ciptaan tuhan datang menghampiri hingga memberi warna di setiap langkah ku. Dia adalah malaikat meponolongku.
Sedang diterjemahkan, harap tunggu..