Plot cerpen ini disampaikan secara kronologi. Permulaan cerpen mengisahkan Pak Ismawan yang dikunjungi oleh Inarwati, rakan baik Iswan. Irnawati meminta kebenaran daripada Pak Ismawan untuk menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan. Setelah Irnawati pergi, Pak Ismawan terkenang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian anaknya. Klimaks cerpen menceritakan George Bulang, rakan Iswan sebagai orang yang telah melanggar Iswan. Pak Ismawan memaafkannya dan menerima takdir kematian Iswan dengan reda. Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang dalam menulis cerpennya. Teknik suspens, kejutan dan pemerikan juga digunakan. Teknik imbas kembali kerap digunakan oleh pengarang. Contohnya, Pak Ismawan mengimbas kembali kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian Iswan. Secara keseluruhannya, plot kronologi ini disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiw yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan.